Tuesday, December 24, 2013

Aurat, Bertudung Sudah Cukup?

Assalamualaikum...

Share dari facebook Majalah Anis. Moga bermanfaat untuk wanita muslimah semua.
In shaa Allah....

BERTUDUNG SUDAH DIKIRA SEMPURNA MENUTUP AURAT? 

Memakai tudung adalah salah satu kemestian untuk melengkapkan diri menutup aurat. namu begitu, menutup rambut dengan tudung semata-mata bukan bermakna seseorang Muslimah itu lebih sempurna menutup aurat. Lebih-lebih lagi jika tudung tidak menutup bahagian dada kerana ukurannya yang singkat.

Ramai wanita yang bertudung atas paras dada dan mempamerkan aksesori yang berada di dada pakaian, sedangkan pada kawasan itu terletaknya aset yang wajib diselindungi seperti mana yang di tegaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 59.

Apabila Allah menurunkan hukum menutup aurat, ia didatangkan sebagai satu pakej berdasarkan apa yang hendak dicapai melalui penutupan aurat itu sendiri, iaitu agar maruah diri wanita terpelihara, tidak mudah diganggu dan dipandang mulia di sisi manusia dan Allah. 

Oleh itu cara bertudung dan berpakaian perlu dipakejkan dengan beberapa perkara agar ia benar-benar mengangkat nilai harga diri seorang wanita. Nilai harga diri ini terletak pada aspek-aspek berikut: 

• Menutup apa yang patut ditutup. Tudung perlu labuh bawah paras dada. Sekiranya tudung singkat, ia perlu dipalisi sehelai selendang atau yang seumpamanya supaya dapat melindungi kawasan dada dan lekuk-lekuk badan.

• Menutup dengan sempurna iaitu pakaian tidak jarang, singkat, ketat dan sebagainya.

• Sopan dan sejuk mata memandang, pemilihan pakaian yang longgar. Seluar panjang atau kain yang longgar mendamaikan hati memandang.

• Kesempurnaan pakaian bersyariat mesti dilengkapi dengan baik tingkah laku, berlemah-lembut namun berwibawa dengan penampilan yang cergas.

Islam bukanlah agama jumud yang menghalang wanita berfesyen, hanya apabila tudung itu 'lulus syariat' dan dipakejkan dengan aspek-aspek di atas, barulah ia benar-benar melengkapkan tuntutan menutup aurat yang Allah kehendaki.


~Dari Catatan Editor Majalah Anis, bil. 167

Monday, December 16, 2013

Dugaan. Tempuhi Dengan Tabah.

Assalamualaikum semua,

Pejam celik dah hampir ke penghujung bulan Disember 2013. Tak banyak aktiviti cuti sekolah. Awal cuti pergi Penang dan Kedah. Suami sibuk dengan katering. Biasalah cuti sekolah, ramai berkahwin.

Anak-anak tengah baru nak pulih demam, batuk dan selsema. Moga kuat imun badan dorang. Alhamdulillah, tak selalu demam. Cepat baik. Kesian tengok anak kalau demam ni. Kalau boleh bak la demam tu pada kita. Kan?

Sekolah pun tak lama lagi dah nak buka. Afiqah masuk standard two, Umar pula masuk pre school. Syukur. Rezeki anak-anak ada. Buku dah ada senarainya. Yuran pun dah di tetapkan. Kita sediakanlah duitnya. Baju, kasut, stokin, beg, alat tulis, itu ini. Daftar sekolah agama. Uniform. Haha banyak tu. Tak mengapa. Untuk menuntut ilmu banyak dugaannya.

Rasanya tahun ni, banyak dugaan. Paling tak terkata ialah naik harga barang, minyak, tariff elektrik, dan banyak lagi bakal naik. Hmm. Sedikit atau banyak kenaikan, bagi saya semua agak terbeban. Sungguh pun jimat, masak kat rumah, jimat dari pelbagai benda, travel sana sini, ikut hati atau orang, memang binasa kita. Orang pergi situ sana sini, biarlah rezeki dorang. Duit dorang. Kita yang ciput pendapatan berjimatlah. Belanja ikut keperluan, bukan kehendak. Kehendak ni lebih kepada nafsu diri, membuak-buak sampai melalut. Pompuan selalunya. Maaf. Hakikat.

Pikir masak-masak sebelum beli dengan berhutang. Ini problem besar. Tak salah, kumpul simpan melabur tambah pendapatan dan tekad beli secara cash. Riba pun tak dak. Aman tenteram diri jiwa kita. Kita ni jangan zalimi diri, jangan aniaya diri. Kasihani diri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik kamu, ialah orang yang melebihkan hutang dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).”

Semoga kita tak hanyut dek dunia, sementara je dunia ni. Sekelip mata boleh hilang segalanya seperti banjir.

Wallahualam...

P.s: ingatan bersama...
P.s.s: telekung ummi mayesa selesa dan labuh jom tengok http://mytelekungshoppe.blogspot.com

Saturday, November 9, 2013

Teladan Dan Pengajaran

Assalamualaikum...

Salam Sabtu Pagi semua!

Pernah tak dengar pepatah ni "Jangan buat orang, nanti orang buat kita" ?

Selalu, jadi. Memang tak pernah serik kan? Buat orang, bagi itu ini kat orang, buat sihir, ilmu itu ini, Syirik tu. Malah, doakan orang jadi tak elok pun tak boleh! 

Banyak yang saya pelajari tahun ini, Allah Maha Adil, Saksama. DIA tentukan siapa yang benar dan salah. Malah, Allah uji mereka yang buat orang itu dengan pelbagai dugaan. Doakan kebaikan jua kepada orang yang suka buat orang. Allah tahu ya. Kecil besar kita buat. Memang pasti akan dapat balasan.

Maafkan orang begitu dan teruskan hidup kita. In shaa ALLAH kita pasti tenang. Bahagiakan diri dan bahagiakan orang yang buat kita. 

Friday, November 8, 2013

7 Pintu Hati Perlu Kita Jaga Dari Hasutan Iblis

ASSALAMUALAIKUM...

Sekadar perkongsian bersama.. 

7 pintu hati yang dimasuki Iblis:

1. Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.

2. Hati yang memandang biasa pada dosa-dosa kecil.


3. Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.


4. Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.


5. Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.


6. Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.


7. Hati yang ujub, sombong, riak dan buruk sangka pada orang lain.

Jauhkanlah... 

Rajin Tapi Tak Sempat

Assalamualaikum.

Busy. Very busy. Suka menulis. Masa suntuk sangat. Syukur ada masa ini saya taip serba sedikit apa yang berlaku dan terjadi kebelakangan ini.

Adik saya telah mendirikan masjid pada 26 October lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Result exam anak saya pun baik, masih kekal di kelas asalnya. Hehe. Paksaan tiada tapi jika leka haruslah kena basuh juga.

Menjahit. Sedang berfikir, melihat dan mencari dengan google tutorial menjahit benda yang comel. Baju? Belum. Ini perlu tok guru. In shaa Allah. Doakan saya dapat menjahit belajar dengan cemerlang!

Kemudian, perniagaan. Agak kurang memberansangkan. Ada juga jualan walaupun bukan ratus ribuan. Alhamdulillah. At least there were something, rather than nothing.

Lain-lain, a bit tired. Actually I'm frustrated dengan ini itu plan tak dan nak buat. Moga ALLAH beri peluang untuk saya lakukan sesuatu untuk diri sendiri.

GOOGLE PIC

Apa pun, have fun. Cuti sekolah dah nak mula. Tak pergi mana pun. Biasa dah. :) Syukur masih ada umur untuk anak2 dan famili. ALHAMDULILLAH.

Oh ya. Ada satu page yang saya mahu kongsikan bersama. Iaitu page ini Warga Prihatin. Klik dan mulakan baca dari post awal-awal hingga sekarang. Buka minda dan buka mata anda. Moga banyak pengajaran dan pembetulan diri kita dapat lakukan sebelum menutup mata...

Wassalam.

p/s : cantik-cantik betul bag handmade ni... geram!

Thursday, September 26, 2013

Wanita Juga Mudah Lupa

As Salam...

Lama tidak menaip di papan kekunci buruk milik saya sejak bertahun-tahun lamanya. Janji masih berfungsi untuk menaip. Rakan whatsapp saya berkenaan blog saya ini. Dan blog yang tidak di perbaharui hosting dan domain. Doakan ada rezeki untuk blog saya yang dahulu, sangat merinduinya. Tatkala, mencari 'New Post' agak terkial-kial pula. Sabar saja lah. Naik lupa pula. Istighfar....

Saya sekadar memandang, melihat sekeliling. Sejak tidak berkerjaya, banyak dan terlalu sukar untuk di gambarkan betapa banyak hikmah depan mata yang Allah berikan kepada saya. Rezeki. Berlimpah ruah. Lebih dari waktu saya bekerja dahulu. Masha Allah. Subhanallah.


Banyak saya lupa, banyak saya leka dan lupa diri dahulu kala. Syukur, Allah beri peluang saya muhasabah diri dan banyak beramal kepadaNya. Masa saya kini banyak tertumpu pada anak-anak, rumah tangga dan sedikit bisnes online yang kini kembali beroperasi. Klik SINI untuk lihat bisnes kecilan saya.

Wanita seperti saya mudah lupa, mudah leka dengan duniawi. Maka, lelaki yang bergelar suami haruslah mengingatkan isteri mereka. Wanita mudah sangat terpengaruh dengan duniawi, yang pelbagai menganjur pada fitnah, dosa dan masalah sosial. Galakan dari si suami penting bagi meluruskan kembali jalan yang mungkin agak bersimpang siur. Tambah dengan smartphone yang mudah bagi kita tangkap gambar atau video upload ke facebook atau youtube. Malu...

Jadi, wanita luar sana kita jaga segalanya dari aurat, suara, perlakuan dan sebagainya demi maruah dan martabat wanita. Bila lupa, muhasabah diri semula. Kita ini manusia biasa dan memang selalu buat salah. Tak terlepas. Mohon keampunan Allah swt. Untuk anak-anak dan suami kita. Tak lupa ibu bapa kita, ibu bapa mertua, muslimin muslimat seluruhnya.

Wassalam...





Friday, July 19, 2013

Resepi Kuih Karipap

Salam

Try buat karipap. Mudah. Tapi kena practice lagi. Kulit nipis, doh kena berminyak lagi senang untuk canaikan. Resepi internet, malangnya tak ingat link blog mana. Terima kasih atas perkongsian tuan blog.

PASTRI: (kulit)
300gm tepung gandum
80ml minyak masak | dipanaskan terlebih dahulu
120ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah

INTI:
200gm daging ayam | dipotong dadu
4 biji kentang | dipotong dadu
2 labu bawang besar | dimayang halus
2 biji telur | direbus dan dipotong empat
3 tangkai daun kari
5 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan serbuk kari
100ml air
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Pastri: Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, buatkan lubang di tengahnya.
2. Tuangkan minyak yang panas ke dalamnya dan kacau menggunakan senduk. Gaul hingga sebati.
*minyak boleh lebihkan sikit jika rasa doh kasar or kering sangat
3. Selepas itu, masukkan serbuk lada sulah dan garam ke dalam air dan kacau hingga larut. Masukkan air tersebut ke dalam adunan tepung.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin. Setelah itu, canai doh sehingga nipis. Potongkan doh menjadi bentuk bulat. (Saiz mengikut kehendak anda)
5. Masukkan inti dan sepotong telur rebus ke dalamnya dan bentuk menjadi karipap. *telur ikut suka nak buh @ tidak
6. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan karipap hingga garing. Sedia dinikmati.

7. Inti: Panaskan minyak sayuran di dalam kuali. Kemudian, tumiskan bawang sehingga wangi.
8. Kemudian, masukkan ketulan isi ayam dan goreng selama dua minit.
9. Selepas itu, masukkan rempah dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
10. Kemudian, masukkan kentang dan air. Masak sehingga kentang empuk.
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.

Ikut suka jika inti tu tukar kentang sahaja, atau bubuh daging ganti ayam. Ayam mahal uihhh...

Selamat mencuba!

Usah Menyusahkan Orang Lain

Salam...

Jumaat 10 Ramadan. Terus berpuasa selagi belum ada gangguan perihal wanita. Harap boleh penuh puasa mungkin sebab breastfeed. In shaa Allah.

Bila kehidupan kita asyik dalam kesukaran, tidak tenang, duit asyik tak  cukup. Fikir dalam-dalam. Jangan dok fikir kita susah, susah dek orang lain.Muhasabah diri, kenapa hidup kita di belenggu kesusahan?

Contoh situasi yang berlaku dalam hidup kita. Dua ini yang boleh kita nampak. Lain pun ada.

Kerja. Jika kita siapkan kerja samada sebelum balik rumah atau sebelum berhenti kerja, maka ini telah memudahkan hidup orang lain. Faham? Jika tidak, maka semua akan terganggu urusan kerja. Kita turut di ganggu sebab tidak siap kerja. Hati jadi tak tenang!

Hutang. Mirip kerja juga. Hutang orang tak berbayar, tak reti nak bayar balik. Sampai kerepot pun tak bayar, maka matinya kita ini dengan hutang. Sangat tak tenang. Orang yang hidup pula menanggung hutang kita.

Antara situasi yang menyusahkan orang lain, serta menyusahkan diri sendiri. Walhal, kita boleh elak. Apa pun ingat, jika kita susahkan orang, kita akan susah juga dalam hidup @ mati kita. Tak usah menyusahkan hidup orang lain. Jika kita mudahkan hidup @ urusan orang lain, In shaa Allah mudah urusan hidup kita.
Wallahualam....

-just another thoughts, from deep inside my heart-

Tuesday, July 16, 2013

Resepi : Daging Kicap Resepi Temurun

Salam Ramadan ke 7.

Semalam cergas betul MN masak menu berbuka puasa. Berbagai-bagai. Hehe. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah berkati amalan kita di bulan puasa kali ini.

Menu paling saya lama tak buat ialah daging masak kicap. Biasa dengar kan, tapi resepinya pelbagai. Betul tak?
Okay. MN akan kongsi resepi mak yang bagi MN sangat sedap. Boleh ratah begitu sahaja.

Bahan-bahan:
Daging batang pinang dalam 200 - 300 gram (potong nipis tapi jangan terlalu nipis)
*perapan daging :
Kicap ikut rasa
Sos tiram 1 sudu besar
Serbuk kunyit sikit

Perap daging dengan perapan biar 2-3 jam. Ready by tengahari, petang boleh masak.

Bahan tumis:
Bawang merah 4 biji hiris
Bawang putih 3 biji hiris
Halia hiris setengah inci

Bahan lain:
Kentang potong macam wedges tapi nipis kan ye senang masak
*Goreng kentang sekejap pomboleyyy
Kacang panjang ikut suka
Bawang besar hiris tebal ya

Cara-caranya:

1 Goreng daging dengan minyak sedikit. Goreng hingga takde air dalam kuali tu. Empuk kiranya. Akan nampak minyak yang timbul.

2 Ketepi daging. Masukkan bawang merah putih halia dalam minyak goreng daging tadi. Tumis sampai naik bau harum...

3 Masuk daging, kemudian kicap. Masuk kentang. Kacau rata. Bubuh sikit air jika nak ada kuah. Masuk kacang panjang. Biar didih. Kuah akan jadi agak pekat.

4 Akhir masuk bawang besar masak hingga bawang layu sikit. Angkat hidang makan!

Sekian...

-MommyNana-

Sunday, July 14, 2013

Bila Sudah Tiada Kaitan Dengan Kita

Salam,

Selamat berpuasa. Hari ke 5. Alhamdulillah. Syukur masih bersemangat untuk beribadat, kumpul saham akhirat.

Once pernah saya borak-borak dengan seseorang. Bila ada sekali itu, beliau berkata "sekarang tak de kaitan dengan sana". Adalah sebab kita jadi terasa juga.

Walhal itulah hakikatnya orang memang nak lepas diri tak mahu berkait dengan kita. Dah la kerja buat pun tak semenggah. Request bagai. Dah tak keja buat cara tak kerja. Kaitan tu masih terkait, patut tak perlu pakai orang macam ni. Biarlah. Susah anda memang mula dari diri sendiri sebab menyusah orang lain. Fikir²lah ekk.

Sekadar luahan. Ingatlah jika kita mudahkan urusan orang lain, In shaa Allah...urusan anda juga akan di permudahkan oleh Allah swt.

To whom it may concern...

Thursday, July 11, 2013

Resepi Kuih Lompang Mudah

Salam....

Selamat berpuasa dan selamat beribadat.

Try test buat pada ramadhan kedua. Lupa nak copy link blog mana. Tapi di ucapkan terima kasih atas resepi anda ini.

KUIH LOMPANG

BAHAN-BAHANNYA

bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air.

bahan B;
1 1/2 cawan tepung beras
2 sdb tepung ubi
1sb air kapur

Caranya:
Larutkan kedua2 gula atas api dan sejukkan.
Campurkan bahan B satukan kedua bahan2 kemudian tapis.
Panaskan air kukusan dan kukus dahulu acuan kuih lompang dan tuang adunan penuh. kukus selama 20 minit. siap..

Sejukkan, baru keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut yang di gaul dengan garam.

Wednesday, June 26, 2013

Alergik Juga Rupanya

Salam...

Semalam petang, Yasirah tiba-tiba garu dan naik gatal dan merah di bahagian leher dan tangannya sikit. Saya syak sebab susu dan oat yang saya beri sedikit kepada dia. Hmm. Apalagi, terus buka baju dia dan mandikan dia. Kesian tengok. Dan, tahulah saya yasirah tak boleh makan oat atau susu lembu biasa.

Anak-anak saya ada alergik, dari Afiqah hingga Umar. Paling teruk Umar. Alergi habuk, bulu kucing dan akan bersin sampai merah mata menahan gatal. Alergi Afiqah, ada kaitan seperti Umar. Tapi tidak seteruk Umar. Ada buahan tertentu yang tak boleh di makan.

Seingat saya buah anggur, oren, dan prune. Naik umur 5 tahun alergik Afiqah kurang dan sekarang nampaknya tiada lagi. Tinggal Umar dengan Yasirah untuk di pantau. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai ibu bapa, jangan ambil mudah bab makan anak-anak. Boleh cuba sikit, untuk kita pastikan alergi anak kita. Jangan main sumbat je.

Yasirah saya dapat tahu dia alergik pada keju. Pernah beri sikit, terus naik merah bibir dia. Bahan tenusu atau dairy product memang di jauhkan dari dia buat masa ni.

Pastikan ibu-ibu, susui anak anda dengan susu ibu hingga dua tahun. In shaa Allah. Kuat mereka melawan sakit yang datang dengan izin Allah swt.

P.S. Alergik kadangkala boleh bawa kesan yang bahaya. Rujuk pakar untuk kepastian dan jangan assume sendiri. ;-)

Tuesday, June 25, 2013

Berkata Baik atau Lebih Baik Diam

Pilih yang mana terbaik untuk kita.

Daripada Abu Syuraih al- Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik  kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari  akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam.”

Sumber: Jakim

Jerebu, Debu, Asap dan Kita

Salam...

Masih dalam kawasan berjerebu. Topik jerebu yang masih hangat di perkatakan. Malah, sesetengah tempat di isytihar darurat. Memang bahaya jerebu kali ini. Paling tergugat sebelum ini di Muar. Dan hari ini di Perlabuhan Klang, Manjung dan lain-lain lagi.

Sentiasalah alert dengan pengumuman atau berita terkini. Boleh layari facebook kementerian alam sekitar NRE, laman web doe.gov.my, tonton televisyen atau berita online.

Jaga kesihatan diri. Pakai mask yang sesuai dan kurangkan aktiviti luar. Jangan ada langsung pembakaran terbuka ya. Sabar. Berdoalah. Allah Maha Mendengar.

Saturday, May 25, 2013

Happy First Birthday Yasirah

Alhamdulillah. 1 year.
Love you.
Mak will always take good care of you.
Till my last breath.
Continue our journey of bf milk.
Chaiyok! Hehe.
In shaa Allah.

Thursday, May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu

Assalam...

Hari ini 16 Mei adalah sambutan hari guru setiap tahun. Alhamdulillah. Syukur kita masih di linkungi guru-guru yang rajin dan berkaliber.

Terima kasih kepada ayah dan mak sebagai guru kita dari kecil hingga dewasa.

Terima kasih kepada cikgu tadika kemas saya, Cikgu Andak dan pembantunya Cik Miah (lupa nama).

Terima kasih kepada cikgu sekolah rendah di SRK Convent Sitiawan, cikgu di sekolah menengah SMJK Convent Sitiawan dan SM Teknik Ipoh.

Terima kasih kepada tenaga pengajar di Kolej Yayasan Melaka dan Universiti Utara Malaysia.

Terima kasih...tak terhingga...

Teruskan mendidik demi masa depan anak Malaysia.

Thursday, May 9, 2013

Nukilan Hati, Wajah Diri

6 May 2013

Selagi Azan Masih Berkumandang

Assalamualaikum kepada semua..

Syukur atas ke hadrat Ilahi kerana kurnianya ke atas kita. Masih panas dengan pru lepas. Malah makin menyampah saya dengan news feed Facebook juga timeline Twitter.

Saya tidak menjengah langsung news feed atau timeline. Saya hanya update facebook page untuk kedai online. Itu pun guna Instagram. Haha. Punya menyampah sangat dengan masalah tamak, tak puas hati rakyat Malaysia kini. Berita tv pun malas nak tengok.

Yang pasti tamparan hebat kepada pihak tertentu. Malah, jika pihak yang lagi satu tidak sedar diri, punah masa depan anak-anak. Ini bukan mimpi. Ini realiti. Perpecahan. Masih tak puas hati? Boleh pergi bina negara sendiri. Ok tak?

Yang masih lena, masih kurang kesedaran....sila buka mata minda dan hati. Buang segala sifat yang negatif. Buang. Tuduh sana sini. Cakap sana kotor sini kotor. Yang bermasalah sekarang ialah hati masing-masing sebenarnya. Both. Clean your heart and soul. Allah may lead you the way.

I believed there's something to be learned from 5 May 2013 national elections.

Perasaan kali ini tak gembira. Sangat berharap bersatulah semua. Jangan berpecah. Bersatu teguh bercerai kita roboh. Perhati keliling anda...

Jangan kira parti anda apa. Tapi, fikirkan tentang bangsa sendiri. Takuk lama. Orang tepuk tangan bersorak lihat pincangnya perpecahan kita.

Entahlah. Aku hanya rakyat yang kerdil. Allah tempat mengadu. Berdoalah. Doa itu senjata kuat kita.

Bersyukurlah jika azan di tempat anda masih berkumandang...

P.S : sudah-sudahlah...yang message fb or twit tu email je pada aku sudah...tunggu aku rasa lega..aku buat comeback...haha macam retis..perasan...

Friday, May 3, 2013

Jadual Perjalanan Balik Mengundi Lebuhraya PLUS

Salam...

Berikut adalah jadual perjalanan untuk balik mengundi kali ini. Bolehlah merancang perjalanan anda ye.

Hati-hati di jalan raya.

Selamat mengundi semua.

Pilihan di tangan anda!

Wednesday, April 24, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

As-salam.

Wah. Seronok minggu ini kalau dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa yang bertempat di PWTC.

Jom beramai-ramai ke sana. Pasti banyak buku dan diskaun menarik menanti kita.

Harap dapat pergi sana. Nak belek buku anak-anak, maknya dan baby sekali. Hihi.

Buku sumber ilmu yang tak ternilai. Bila memegang buku rasa aura ilmu itu masuk ke hati. Bacalah buku. Sesungguhnya, kita wajib menimba ilmu sampai mati. Iqra...

-Mummy Nana-

Sunday, April 21, 2013

Berkebun di Halaman Rumah

Assalamualaikum...

Petang begini seronok ambil angin, sambil itu kita berkebun. Hehe. Mengemas laman rumah sahaja. Setelah seminggu semua ahli rumah kurang sihat, maka untuk membuang kuman virus yang menyerang kita berkebun mengemas laman rumah.

Aktiviti keluar peluh, patut jadi amalan kita. Jogging, brisk walk, potong rumput, sapu rumput, buang rumput, kemas pokok pasu, potong dahan pokok sana sini dan lain-lain.

Oklah. Esok muncul Isnin, maka kita teruskan semangat hari Ahad ini untuk terus berjaya dunia dan akhirat. Get ready. Are you ready?

-Mommy Nana-

Monday, April 15, 2013

Berjumpa Rakan Sekolah Teknik

As-salam,

Syukur kepada Allah atas kehidupan kita. Nafas kita dan rezeki kita. Isnin hari ini. ALHAMDULILLAH.

Semalam saya sempat berkunjung ke majlis perkahwinan rakan sekolah saya semasa di Teknik Ipoh dahulu. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sempat bertemu dan berbual dengan rakan-rakan lain yang datang. Pengantin sangat sweet dan cantik. Seronok sekali sekala berjumpa dengan mereka. In shaa Allah akan ketemu lagi ya kawan-kawan. Memang rindu sangat zaman persekolahan. Kami sering berjumpa semasa bulan puasa. Itu sahaja masa yang agak lapang bagi kami selain kenduri kendara sebegini.


Apa pun kita hargai persahabatan yang ada, walau dekat atau jauh. Whatsapp ada, WeChat ada...Hehe...
Jangan lupa kawan bila dah kaya raya. Jangan lupa segala nikmat yang sementara ini boleh di tarik bila-bila masa sahaja. kan?

Sekian...Jumpa lagi...

Friday, April 5, 2013

Bulan April 2013

Salam,

Well life goes on. Selagi kita bernafas. Apa yang dapat kita lakukan adalah teruskan hidup. Maaf kerana saya tidak dapat mengedit cantik-cantik blog 'baru' ini. Saya tidak teruskan hosting dan domain lama saya. Maaf kurang rezeki kali ini. Mungkin kalau ada jodoh adalah. In shaa Allah.

Bulan April bulan keempat dalam kalendar. Apa yang kita telah lalui dan capai setakat ini?


Me and Yasirah. She's 11 months this April.


Bagi saya banyak pengalaman dan perkara saya lalui. Tambahan semenjak dua anak saya bersekolah. Pelbagai ragam kita sebagai ibu bapa harus pandai pula menanganinya. Sabar sudah pasti. Malah jangan lupa  berdoa untuk anak-anak supaya mereka tabah dan sabar dalam kehidupan yang memang mencabar ini. 

Rakan wanita Islam, sekadar pandangan dari insan kerdil ini. Janganlah terlalu taksub dengan fashion tudung pelik dan pakaian yang tidak mengikut landasan Islam. Jadilah muslimah yang bijak. Mengumpul pahala dan mengurangkan dosa kita dari di tanggung bapa ayah abah abang suami kita. Cantik itu menarik. Tetapi apabila di salah guna akan jadi dosa. Secara am contohnya, apabila memakai baju/tudung yang cantik bling bling dan timbul di hati kita untuk menunjuk dan riak kita akan datang sekali. Maka buanglah baju itu sebaiknya. Itu lebih baik. Dari pakai dan rasa bangga riak itu datang. Allah. Berdosanya kita kan?

Semoga teruskan segalanya dengan baik dan jangan lupa pencipta kita. Allah swt. Semoga kita di beri ingatan sesama kita. 

In shaa Allah ketemu lagi. Wassalam.

-Mommy Nana-