Friday, July 19, 2013

Resepi Kuih Karipap

Salam

Try buat karipap. Mudah. Tapi kena practice lagi. Kulit nipis, doh kena berminyak lagi senang untuk canaikan. Resepi internet, malangnya tak ingat link blog mana. Terima kasih atas perkongsian tuan blog.

PASTRI: (kulit)
300gm tepung gandum
80ml minyak masak | dipanaskan terlebih dahulu
120ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah

INTI:
200gm daging ayam | dipotong dadu
4 biji kentang | dipotong dadu
2 labu bawang besar | dimayang halus
2 biji telur | direbus dan dipotong empat
3 tangkai daun kari
5 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan serbuk kari
100ml air
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Pastri: Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, buatkan lubang di tengahnya.
2. Tuangkan minyak yang panas ke dalamnya dan kacau menggunakan senduk. Gaul hingga sebati.
*minyak boleh lebihkan sikit jika rasa doh kasar or kering sangat
3. Selepas itu, masukkan serbuk lada sulah dan garam ke dalam air dan kacau hingga larut. Masukkan air tersebut ke dalam adunan tepung.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin. Setelah itu, canai doh sehingga nipis. Potongkan doh menjadi bentuk bulat. (Saiz mengikut kehendak anda)
5. Masukkan inti dan sepotong telur rebus ke dalamnya dan bentuk menjadi karipap. *telur ikut suka nak buh @ tidak
6. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan karipap hingga garing. Sedia dinikmati.

7. Inti: Panaskan minyak sayuran di dalam kuali. Kemudian, tumiskan bawang sehingga wangi.
8. Kemudian, masukkan ketulan isi ayam dan goreng selama dua minit.
9. Selepas itu, masukkan rempah dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
10. Kemudian, masukkan kentang dan air. Masak sehingga kentang empuk.
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.

Ikut suka jika inti tu tukar kentang sahaja, atau bubuh daging ganti ayam. Ayam mahal uihhh...

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment