Lama sungguh tak jengah blog simple nih. Kesibukan diri bersama memikul tanggungjawab sebagai ibu, wanita, isteri penuh cabarannya. Alhamdulillah. Baru sahaja selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata..bertambah kukuh ikatan sekeluarga. Syukur pada Allah swt.
Masih mood berpantang. Masih punya masa untuk 'rehat' dari melakukan kerja rumah. Masih boleh baca buku-buku dan tulis blog. Walau tak sekerap mana. Cuba cari masa. Inshaa Allah.
Sebagai ibu zaman kini, banyak perkara kita kena lihat, tapis dan salur pada anak-anak. Dengan anak-anak yang menginjak ke arah kematangan, bersekolah, berkawan dan pelbagai aktiviti yang mereka sertai kita mungkin terlalu sibuk terlepas pandang pula. Moga Allah selamatkan kita dan anak-anak dari fitnah dunia, dongengan dunia dan khayalan dunia kini.
Kiri kanan orang sekeliling kita punya pendirian mereka dan cara mereka sendiri dalam mendidik anak. Mungkin ada terlebih manja, terlebih kisah gadget, terlebih kisah dongeng cinderella princess ben 10 dalam kepala otak, dan sebagainya makin sebati kita pula galakkan segala input yang tak guna meresap masuk hidup anak-anak.
Sedang baca buku ini...belum habis. 600± muka surat...
Sememangnya ini buku impian saya, nak dapatkan punya jauh dari negara seberang. Waduhh... (Sini Malaysia saya tak pasti adakah di jual oleh penerbit buku)
Alhamdulillah. Suami dapatkannya secara percuma setelah mencurah ilmu penyediaan makanan di UPM tempohari. Cenderahati Fakulti Biotek.
Sebagai insan yang ilmunya sangat sedikit, buku sebegini patut di baca. Menambah setitis ilmu yang sedia ada. Tuntutlah ilmu, dunia akhirat. Kuliah, ceramah, seminar ibu bapa anak, jika dapat hadir, mampu, dan ada masa pergilah.
Dunia sekarang bukan dunia dahulu. Sikit masalah bawa kepada masalah besar. Anak buat salah, hukumlah. Biarpun kecil, jika tidak di bendung bila dewasa lain pula masalahnya. Berat tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Jangan putus asa... Allah sayang kita bak kata Ustaz Ebit Lew. Segalanya Allah beri dan duga untuk kita sebab sayang pada kita.
Maaf panjang karangan kali ni. Sebab..dah lama tak tulis blog. Moga jumpa lagi...
Wassalam...
P.S ; jaga diri jaga iman jaga hati jaga lidah
Btl.. bkn mudh nk jd ibu bapa.. huhuhu.. dugaannya byk.. lbh2 lg ibu mcm lady.. tp alhmdulillah Allh beri peluang untuk mrs jd seorg ibu..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Allah swt beri kekuatan dan semangat utk puan dalam menjalani hidup ini. :)
DeleteSalam.. lady kmari lg.. ingtkn ade entry baru..
ReplyDeletenak pupuk keimanan yg tinggi dlm diri anak , ibu bapa perlu mulakan seawal mungkin . apa yg boleh dan tak boleh . bila mrk dah mula kenal tv , gadget , wpun benda tu biasa tapi dia tahu sesuai ke tidak utk dia . blh ke tdk dlm islam ... itulah cabaran ibu sekarang ...
ReplyDeleteTahniah atas kelahiran cahayamata baru.. semoga menjadi ibu yang cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteOps tak perasan entri 2014.. hehehe
ReplyDelete