Tuesday, November 4, 2014

Menjadi Ibu Bapa Bukan Mudah

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak jengah blog simple nih. Kesibukan diri bersama memikul tanggungjawab sebagai ibu, wanita, isteri penuh cabarannya. Alhamdulillah. Baru sahaja selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata..bertambah kukuh ikatan sekeluarga. Syukur pada Allah swt.

Masih mood berpantang. Masih punya masa untuk 'rehat' dari melakukan kerja rumah. Masih boleh baca buku-buku dan tulis blog. Walau tak sekerap mana. Cuba cari masa. Inshaa Allah.

Sebagai ibu zaman kini, banyak perkara kita kena lihat, tapis dan salur pada anak-anak. Dengan anak-anak yang menginjak ke arah kematangan, bersekolah, berkawan dan pelbagai aktiviti yang mereka sertai kita mungkin terlalu sibuk terlepas pandang pula. Moga Allah selamatkan kita dan anak-anak dari fitnah dunia, dongengan dunia dan khayalan dunia kini.

Kiri kanan orang sekeliling kita punya pendirian mereka dan cara mereka sendiri dalam mendidik anak. Mungkin ada terlebih manja, terlebih kisah gadget, terlebih kisah dongeng cinderella princess ben 10 dalam kepala otak, dan sebagainya makin sebati kita pula galakkan segala input yang tak guna meresap masuk hidup anak-anak.

Sedang baca buku ini...belum habis. 600± muka surat...


Sememangnya ini buku impian saya, nak dapatkan punya jauh dari negara seberang. Waduhh... (Sini Malaysia saya tak pasti adakah di jual oleh penerbit buku)

Alhamdulillah. Suami dapatkannya secara percuma setelah mencurah ilmu penyediaan makanan di UPM tempohari. Cenderahati Fakulti Biotek. 

Sebagai insan yang ilmunya sangat sedikit, buku sebegini patut di baca. Menambah setitis ilmu yang sedia ada. Tuntutlah ilmu, dunia akhirat. Kuliah, ceramah, seminar ibu bapa anak, jika dapat hadir, mampu, dan ada masa pergilah.

Dunia sekarang bukan dunia dahulu. Sikit masalah bawa kepada masalah besar. Anak buat salah, hukumlah. Biarpun kecil, jika tidak di bendung bila dewasa lain pula masalahnya. Berat tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Jangan putus asa... Allah sayang kita bak kata Ustaz Ebit Lew. Segalanya Allah beri dan duga untuk kita sebab sayang pada kita.

Maaf panjang karangan kali ni. Sebab..dah lama tak tulis blog. Moga jumpa lagi...

Wassalam...

P.S ; jaga diri jaga iman jaga hati jaga lidah

Saturday, November 9, 2013

Teladan Dan Pengajaran

Assalamualaikum...

Salam Sabtu Pagi semua!

Pernah tak dengar pepatah ni "Jangan buat orang, nanti orang buat kita" ?

Selalu, jadi. Memang tak pernah serik kan? Buat orang, bagi itu ini kat orang, buat sihir, ilmu itu ini, Syirik tu. Malah, doakan orang jadi tak elok pun tak boleh! 

Banyak yang saya pelajari tahun ini, Allah Maha Adil, Saksama. DIA tentukan siapa yang benar dan salah. Malah, Allah uji mereka yang buat orang itu dengan pelbagai dugaan. Doakan kebaikan jua kepada orang yang suka buat orang. Allah tahu ya. Kecil besar kita buat. Memang pasti akan dapat balasan.

Maafkan orang begitu dan teruskan hidup kita. In shaa ALLAH kita pasti tenang. Bahagiakan diri dan bahagiakan orang yang buat kita. 

Friday, November 8, 2013

7 Pintu Hati Perlu Kita Jaga Dari Hasutan Iblis

ASSALAMUALAIKUM...

Sekadar perkongsian bersama.. 

7 pintu hati yang dimasuki Iblis:

1. Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.

2. Hati yang memandang biasa pada dosa-dosa kecil.


3. Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.


4. Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.


5. Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.


6. Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.


7. Hati yang ujub, sombong, riak dan buruk sangka pada orang lain.

Jauhkanlah... 

Rajin Tapi Tak Sempat

Assalamualaikum.

Busy. Very busy. Suka menulis. Masa suntuk sangat. Syukur ada masa ini saya taip serba sedikit apa yang berlaku dan terjadi kebelakangan ini.

Adik saya telah mendirikan masjid pada 26 October lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Result exam anak saya pun baik, masih kekal di kelas asalnya. Hehe. Paksaan tiada tapi jika leka haruslah kena basuh juga.

Menjahit. Sedang berfikir, melihat dan mencari dengan google tutorial menjahit benda yang comel. Baju? Belum. Ini perlu tok guru. In shaa Allah. Doakan saya dapat menjahit belajar dengan cemerlang!

Kemudian, perniagaan. Agak kurang memberansangkan. Ada juga jualan walaupun bukan ratus ribuan. Alhamdulillah. At least there were something, rather than nothing.

Lain-lain, a bit tired. Actually I'm frustrated dengan ini itu plan tak dan nak buat. Moga ALLAH beri peluang untuk saya lakukan sesuatu untuk diri sendiri.

GOOGLE PIC

Apa pun, have fun. Cuti sekolah dah nak mula. Tak pergi mana pun. Biasa dah. :) Syukur masih ada umur untuk anak2 dan famili. ALHAMDULILLAH.

Oh ya. Ada satu page yang saya mahu kongsikan bersama. Iaitu page ini Warga Prihatin. Klik dan mulakan baca dari post awal-awal hingga sekarang. Buka minda dan buka mata anda. Moga banyak pengajaran dan pembetulan diri kita dapat lakukan sebelum menutup mata...

Wassalam.

p/s : cantik-cantik betul bag handmade ni... geram!

Thursday, September 26, 2013

Wanita Juga Mudah Lupa

As Salam...

Lama tidak menaip di papan kekunci buruk milik saya sejak bertahun-tahun lamanya. Janji masih berfungsi untuk menaip. Rakan whatsapp saya berkenaan blog saya ini. Dan blog yang tidak di perbaharui hosting dan domain. Doakan ada rezeki untuk blog saya yang dahulu, sangat merinduinya. Tatkala, mencari 'New Post' agak terkial-kial pula. Sabar saja lah. Naik lupa pula. Istighfar....

Saya sekadar memandang, melihat sekeliling. Sejak tidak berkerjaya, banyak dan terlalu sukar untuk di gambarkan betapa banyak hikmah depan mata yang Allah berikan kepada saya. Rezeki. Berlimpah ruah. Lebih dari waktu saya bekerja dahulu. Masha Allah. Subhanallah.


Banyak saya lupa, banyak saya leka dan lupa diri dahulu kala. Syukur, Allah beri peluang saya muhasabah diri dan banyak beramal kepadaNya. Masa saya kini banyak tertumpu pada anak-anak, rumah tangga dan sedikit bisnes online yang kini kembali beroperasi. Klik SINI untuk lihat bisnes kecilan saya.

Wanita seperti saya mudah lupa, mudah leka dengan duniawi. Maka, lelaki yang bergelar suami haruslah mengingatkan isteri mereka. Wanita mudah sangat terpengaruh dengan duniawi, yang pelbagai menganjur pada fitnah, dosa dan masalah sosial. Galakan dari si suami penting bagi meluruskan kembali jalan yang mungkin agak bersimpang siur. Tambah dengan smartphone yang mudah bagi kita tangkap gambar atau video upload ke facebook atau youtube. Malu...

Jadi, wanita luar sana kita jaga segalanya dari aurat, suara, perlakuan dan sebagainya demi maruah dan martabat wanita. Bila lupa, muhasabah diri semula. Kita ini manusia biasa dan memang selalu buat salah. Tak terlepas. Mohon keampunan Allah swt. Untuk anak-anak dan suami kita. Tak lupa ibu bapa kita, ibu bapa mertua, muslimin muslimat seluruhnya.

Wassalam...





Friday, July 19, 2013

Resepi Kuih Karipap

Salam

Try buat karipap. Mudah. Tapi kena practice lagi. Kulit nipis, doh kena berminyak lagi senang untuk canaikan. Resepi internet, malangnya tak ingat link blog mana. Terima kasih atas perkongsian tuan blog.

PASTRI: (kulit)
300gm tepung gandum
80ml minyak masak | dipanaskan terlebih dahulu
120ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah

INTI:
200gm daging ayam | dipotong dadu
4 biji kentang | dipotong dadu
2 labu bawang besar | dimayang halus
2 biji telur | direbus dan dipotong empat
3 tangkai daun kari
5 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan serbuk kari
100ml air
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Pastri: Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, buatkan lubang di tengahnya.
2. Tuangkan minyak yang panas ke dalamnya dan kacau menggunakan senduk. Gaul hingga sebati.
*minyak boleh lebihkan sikit jika rasa doh kasar or kering sangat
3. Selepas itu, masukkan serbuk lada sulah dan garam ke dalam air dan kacau hingga larut. Masukkan air tersebut ke dalam adunan tepung.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin. Setelah itu, canai doh sehingga nipis. Potongkan doh menjadi bentuk bulat. (Saiz mengikut kehendak anda)
5. Masukkan inti dan sepotong telur rebus ke dalamnya dan bentuk menjadi karipap. *telur ikut suka nak buh @ tidak
6. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan karipap hingga garing. Sedia dinikmati.

7. Inti: Panaskan minyak sayuran di dalam kuali. Kemudian, tumiskan bawang sehingga wangi.
8. Kemudian, masukkan ketulan isi ayam dan goreng selama dua minit.
9. Selepas itu, masukkan rempah dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
10. Kemudian, masukkan kentang dan air. Masak sehingga kentang empuk.
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.

Ikut suka jika inti tu tukar kentang sahaja, atau bubuh daging ganti ayam. Ayam mahal uihhh...

Selamat mencuba!

Usah Menyusahkan Orang Lain

Salam...

Jumaat 10 Ramadan. Terus berpuasa selagi belum ada gangguan perihal wanita. Harap boleh penuh puasa mungkin sebab breastfeed. In shaa Allah.

Bila kehidupan kita asyik dalam kesukaran, tidak tenang, duit asyik tak  cukup. Fikir dalam-dalam. Jangan dok fikir kita susah, susah dek orang lain.Muhasabah diri, kenapa hidup kita di belenggu kesusahan?

Contoh situasi yang berlaku dalam hidup kita. Dua ini yang boleh kita nampak. Lain pun ada.

Kerja. Jika kita siapkan kerja samada sebelum balik rumah atau sebelum berhenti kerja, maka ini telah memudahkan hidup orang lain. Faham? Jika tidak, maka semua akan terganggu urusan kerja. Kita turut di ganggu sebab tidak siap kerja. Hati jadi tak tenang!

Hutang. Mirip kerja juga. Hutang orang tak berbayar, tak reti nak bayar balik. Sampai kerepot pun tak bayar, maka matinya kita ini dengan hutang. Sangat tak tenang. Orang yang hidup pula menanggung hutang kita.

Antara situasi yang menyusahkan orang lain, serta menyusahkan diri sendiri. Walhal, kita boleh elak. Apa pun ingat, jika kita susahkan orang, kita akan susah juga dalam hidup @ mati kita. Tak usah menyusahkan hidup orang lain. Jika kita mudahkan hidup @ urusan orang lain, In shaa Allah mudah urusan hidup kita.
Wallahualam....

-just another thoughts, from deep inside my heart-