Thursday, September 26, 2013

Wanita Juga Mudah Lupa

As Salam...

Lama tidak menaip di papan kekunci buruk milik saya sejak bertahun-tahun lamanya. Janji masih berfungsi untuk menaip. Rakan whatsapp saya berkenaan blog saya ini. Dan blog yang tidak di perbaharui hosting dan domain. Doakan ada rezeki untuk blog saya yang dahulu, sangat merinduinya. Tatkala, mencari 'New Post' agak terkial-kial pula. Sabar saja lah. Naik lupa pula. Istighfar....

Saya sekadar memandang, melihat sekeliling. Sejak tidak berkerjaya, banyak dan terlalu sukar untuk di gambarkan betapa banyak hikmah depan mata yang Allah berikan kepada saya. Rezeki. Berlimpah ruah. Lebih dari waktu saya bekerja dahulu. Masha Allah. Subhanallah.


Banyak saya lupa, banyak saya leka dan lupa diri dahulu kala. Syukur, Allah beri peluang saya muhasabah diri dan banyak beramal kepadaNya. Masa saya kini banyak tertumpu pada anak-anak, rumah tangga dan sedikit bisnes online yang kini kembali beroperasi. Klik SINI untuk lihat bisnes kecilan saya.

Wanita seperti saya mudah lupa, mudah leka dengan duniawi. Maka, lelaki yang bergelar suami haruslah mengingatkan isteri mereka. Wanita mudah sangat terpengaruh dengan duniawi, yang pelbagai menganjur pada fitnah, dosa dan masalah sosial. Galakan dari si suami penting bagi meluruskan kembali jalan yang mungkin agak bersimpang siur. Tambah dengan smartphone yang mudah bagi kita tangkap gambar atau video upload ke facebook atau youtube. Malu...

Jadi, wanita luar sana kita jaga segalanya dari aurat, suara, perlakuan dan sebagainya demi maruah dan martabat wanita. Bila lupa, muhasabah diri semula. Kita ini manusia biasa dan memang selalu buat salah. Tak terlepas. Mohon keampunan Allah swt. Untuk anak-anak dan suami kita. Tak lupa ibu bapa kita, ibu bapa mertua, muslimin muslimat seluruhnya.

Wassalam...





Friday, July 19, 2013

Resepi Kuih Karipap

Salam

Try buat karipap. Mudah. Tapi kena practice lagi. Kulit nipis, doh kena berminyak lagi senang untuk canaikan. Resepi internet, malangnya tak ingat link blog mana. Terima kasih atas perkongsian tuan blog.

PASTRI: (kulit)
300gm tepung gandum
80ml minyak masak | dipanaskan terlebih dahulu
120ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah

INTI:
200gm daging ayam | dipotong dadu
4 biji kentang | dipotong dadu
2 labu bawang besar | dimayang halus
2 biji telur | direbus dan dipotong empat
3 tangkai daun kari
5 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan serbuk kari
100ml air
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Pastri: Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, buatkan lubang di tengahnya.
2. Tuangkan minyak yang panas ke dalamnya dan kacau menggunakan senduk. Gaul hingga sebati.
*minyak boleh lebihkan sikit jika rasa doh kasar or kering sangat
3. Selepas itu, masukkan serbuk lada sulah dan garam ke dalam air dan kacau hingga larut. Masukkan air tersebut ke dalam adunan tepung.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin. Setelah itu, canai doh sehingga nipis. Potongkan doh menjadi bentuk bulat. (Saiz mengikut kehendak anda)
5. Masukkan inti dan sepotong telur rebus ke dalamnya dan bentuk menjadi karipap. *telur ikut suka nak buh @ tidak
6. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan karipap hingga garing. Sedia dinikmati.

7. Inti: Panaskan minyak sayuran di dalam kuali. Kemudian, tumiskan bawang sehingga wangi.
8. Kemudian, masukkan ketulan isi ayam dan goreng selama dua minit.
9. Selepas itu, masukkan rempah dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
10. Kemudian, masukkan kentang dan air. Masak sehingga kentang empuk.
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.

Ikut suka jika inti tu tukar kentang sahaja, atau bubuh daging ganti ayam. Ayam mahal uihhh...

Selamat mencuba!

Usah Menyusahkan Orang Lain

Salam...

Jumaat 10 Ramadan. Terus berpuasa selagi belum ada gangguan perihal wanita. Harap boleh penuh puasa mungkin sebab breastfeed. In shaa Allah.

Bila kehidupan kita asyik dalam kesukaran, tidak tenang, duit asyik tak  cukup. Fikir dalam-dalam. Jangan dok fikir kita susah, susah dek orang lain.Muhasabah diri, kenapa hidup kita di belenggu kesusahan?

Contoh situasi yang berlaku dalam hidup kita. Dua ini yang boleh kita nampak. Lain pun ada.

Kerja. Jika kita siapkan kerja samada sebelum balik rumah atau sebelum berhenti kerja, maka ini telah memudahkan hidup orang lain. Faham? Jika tidak, maka semua akan terganggu urusan kerja. Kita turut di ganggu sebab tidak siap kerja. Hati jadi tak tenang!

Hutang. Mirip kerja juga. Hutang orang tak berbayar, tak reti nak bayar balik. Sampai kerepot pun tak bayar, maka matinya kita ini dengan hutang. Sangat tak tenang. Orang yang hidup pula menanggung hutang kita.

Antara situasi yang menyusahkan orang lain, serta menyusahkan diri sendiri. Walhal, kita boleh elak. Apa pun ingat, jika kita susahkan orang, kita akan susah juga dalam hidup @ mati kita. Tak usah menyusahkan hidup orang lain. Jika kita mudahkan hidup @ urusan orang lain, In shaa Allah mudah urusan hidup kita.
Wallahualam....

-just another thoughts, from deep inside my heart-

Tuesday, July 16, 2013

Resepi : Daging Kicap Resepi Temurun

Salam Ramadan ke 7.

Semalam cergas betul MN masak menu berbuka puasa. Berbagai-bagai. Hehe. Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah berkati amalan kita di bulan puasa kali ini.

Menu paling saya lama tak buat ialah daging masak kicap. Biasa dengar kan, tapi resepinya pelbagai. Betul tak?
Okay. MN akan kongsi resepi mak yang bagi MN sangat sedap. Boleh ratah begitu sahaja.

Bahan-bahan:
Daging batang pinang dalam 200 - 300 gram (potong nipis tapi jangan terlalu nipis)
*perapan daging :
Kicap ikut rasa
Sos tiram 1 sudu besar
Serbuk kunyit sikit

Perap daging dengan perapan biar 2-3 jam. Ready by tengahari, petang boleh masak.

Bahan tumis:
Bawang merah 4 biji hiris
Bawang putih 3 biji hiris
Halia hiris setengah inci

Bahan lain:
Kentang potong macam wedges tapi nipis kan ye senang masak
*Goreng kentang sekejap pomboleyyy
Kacang panjang ikut suka
Bawang besar hiris tebal ya

Cara-caranya:

1 Goreng daging dengan minyak sedikit. Goreng hingga takde air dalam kuali tu. Empuk kiranya. Akan nampak minyak yang timbul.

2 Ketepi daging. Masukkan bawang merah putih halia dalam minyak goreng daging tadi. Tumis sampai naik bau harum...

3 Masuk daging, kemudian kicap. Masuk kentang. Kacau rata. Bubuh sikit air jika nak ada kuah. Masuk kacang panjang. Biar didih. Kuah akan jadi agak pekat.

4 Akhir masuk bawang besar masak hingga bawang layu sikit. Angkat hidang makan!

Sekian...

-MommyNana-

Sunday, July 14, 2013

Bila Sudah Tiada Kaitan Dengan Kita

Salam,

Selamat berpuasa. Hari ke 5. Alhamdulillah. Syukur masih bersemangat untuk beribadat, kumpul saham akhirat.

Once pernah saya borak-borak dengan seseorang. Bila ada sekali itu, beliau berkata "sekarang tak de kaitan dengan sana". Adalah sebab kita jadi terasa juga.

Walhal itulah hakikatnya orang memang nak lepas diri tak mahu berkait dengan kita. Dah la kerja buat pun tak semenggah. Request bagai. Dah tak keja buat cara tak kerja. Kaitan tu masih terkait, patut tak perlu pakai orang macam ni. Biarlah. Susah anda memang mula dari diri sendiri sebab menyusah orang lain. Fikir²lah ekk.

Sekadar luahan. Ingatlah jika kita mudahkan urusan orang lain, In shaa Allah...urusan anda juga akan di permudahkan oleh Allah swt.

To whom it may concern...

Thursday, July 11, 2013

Resepi Kuih Lompang Mudah

Salam....

Selamat berpuasa dan selamat beribadat.

Try test buat pada ramadhan kedua. Lupa nak copy link blog mana. Tapi di ucapkan terima kasih atas resepi anda ini.

KUIH LOMPANG

BAHAN-BAHANNYA

bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air.

bahan B;
1 1/2 cawan tepung beras
2 sdb tepung ubi
1sb air kapur

Caranya:
Larutkan kedua2 gula atas api dan sejukkan.
Campurkan bahan B satukan kedua bahan2 kemudian tapis.
Panaskan air kukusan dan kukus dahulu acuan kuih lompang dan tuang adunan penuh. kukus selama 20 minit. siap..

Sejukkan, baru keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut yang di gaul dengan garam.

Wednesday, June 26, 2013

Alergik Juga Rupanya

Salam...

Semalam petang, Yasirah tiba-tiba garu dan naik gatal dan merah di bahagian leher dan tangannya sikit. Saya syak sebab susu dan oat yang saya beri sedikit kepada dia. Hmm. Apalagi, terus buka baju dia dan mandikan dia. Kesian tengok. Dan, tahulah saya yasirah tak boleh makan oat atau susu lembu biasa.

Anak-anak saya ada alergik, dari Afiqah hingga Umar. Paling teruk Umar. Alergi habuk, bulu kucing dan akan bersin sampai merah mata menahan gatal. Alergi Afiqah, ada kaitan seperti Umar. Tapi tidak seteruk Umar. Ada buahan tertentu yang tak boleh di makan.

Seingat saya buah anggur, oren, dan prune. Naik umur 5 tahun alergik Afiqah kurang dan sekarang nampaknya tiada lagi. Tinggal Umar dengan Yasirah untuk di pantau. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai ibu bapa, jangan ambil mudah bab makan anak-anak. Boleh cuba sikit, untuk kita pastikan alergi anak kita. Jangan main sumbat je.

Yasirah saya dapat tahu dia alergik pada keju. Pernah beri sikit, terus naik merah bibir dia. Bahan tenusu atau dairy product memang di jauhkan dari dia buat masa ni.

Pastikan ibu-ibu, susui anak anda dengan susu ibu hingga dua tahun. In shaa Allah. Kuat mereka melawan sakit yang datang dengan izin Allah swt.

P.S. Alergik kadangkala boleh bawa kesan yang bahaya. Rujuk pakar untuk kepastian dan jangan assume sendiri. ;-)